Assalamualaikum
Apa khabar Sahabat Vending Machine Shop / MJD....?
Apa khabar Vending Machine Anda..? 😉😉😉
masih cantik & bersih..?
Hari ini kami ingin mengingatkan semua sahabat MJD agar kita sama2 menjaga VM masing-masing sebaik mungkin. Ini kerana kami dapati ada mesin agak kotor dan tidak terurus.
Vending Machine yang kita beli menggunakan modal yang agak besar (RM10 ribu keatas) dan Ianya berkerja setiap hari tanpa henti mencari pendapatan/keuntungan untuk kita.
Oleh itu.., Sebelum pelbagai masalah timbul, Maka sayangilah mesin Anda..!😍
Pastikan ianya dalam keadaan yang berfungsi, bersih, cantik & berkilat.. 👍👍
Mudah Sahaja..! Jangan takut-takut untuk dekati mesin anda. Perhatikan setiap sudut mesin yang anda miliki, luar & dalam. fahami betul-betul bagaimana ianya berfungsi.
Sediakan dahulu peralatan yang di perlukan untuk penjagaan mesin seperti:
- kain buruk - untuk lap & cuci mesin
- berus (cat/ dll) - untuk mencuci sawang2 pada comprssor dan lain2 tempat
- Botol Spray bersabun - untuk cuci mesin
- Screwdriver phillips - beli yng panjang, simpan untuk troubleshoot
Simpan peralatan anda di dalam VM di bahagian yang sesuai.
Membersihkan VM bukanlah satu kerja yang susah dan rumit. Ianya Sangat mudah dan ringkas.
- Bersihkan Segala sawang, karat & habuk yang melekat pada mesin, luar & dalam
- Bersihkan juga bahagian Coint Changer & Note Acceptor .
- Bersihkan sawang pada lubang compressor, agar air sentiasa sejuk.
- Bersihkan bahagian display air & lampu, pastikan ianya dibersihkan. (mungkin ada tahi2 cicak yang melekat atau serangga kecil yang mati) dan cermin di cuci.
- Rombak susunan air di bahagian display / hadapan agar nampak lebih cantik & kemas. Tukar tin/ botol lama yang lusuh kepada baru
- Fikirkan idea-idea yang baik & kreatif, Bagaimana? untuk menarik minat orang ramai mendekati mesin anda dan membuat pembelian. Mungkin anda ada idea-idea menarik, boleh kongsikan kepada kami dan sama-sama kita usaha untuk menjayakan.
- Mesin yang baik akan dapat bekerja dengan lebih lama dan stabil. Harus di ingat!, Mesin jana Duit ini boleh di warisikan kepada anak2 di masa hadapan... jagalah sebaik mungkin.
Setakat ini sahaja perkongsian kami unuk kali ini, di harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda.
Jangan lupa untuk Membelai "Mesin Jana Duit" Anda. Pastikan rutin ini anda lakukan secara konsisten. Insyallah, mesin anda akan sentiasa dalam keadaan baik dan mudah2an hasil jualan anda bertambah.
"MESIN BERSIH. PENDAPATAN LEBIH "💖
Terima kasih jika sudi membaca.
Sekian.
FB @ MESIN JANA DUIT
Like Fanpage "Mesin Jana Duit" @ Facebook
untuk mendapatkan maklumat yang lebih pantas & terkini...!