- Assalamualaikum sahabat niaga yang mulia...
Ramai yang call bertanya kan tapak untuk vending machine.
Untuk pengetahuan tuan2 , tapak VM tuan2 sebaiknya di cari sendiri oleh tuan2 agar berpuas hati dengan keyakinan sendiri bahawa tempat tersebut dapat memberikan inpact jualan yang lumayan berdasarkan penilaian dan pemerhatian sendiri .
Tapak yang sesuai dgn waktu kerja. Tidak terlalu jauh dengan tapak operasi.
Masih banyak lagi peluang2 di luar sana. Malaysia terus membangun. Kawasan2 perumahan baru sentiasa ada. banyak kawasan2 baru di buka.
Peluang untuk tuan2 mula berniaga adalah sangat luas dan tidak ada istilah terlewat...
Antara tempat2 yang berpotensi Perlu Anda tahu adalah:
- sekolah2
- kilang2
- asrama2
- Shop lot/ bangunan office (yg tak ada kedai runcit)
- Kawasan perindustrian
- Rumah Pangsa / Apartment/ kondominium - (lokasi ini sangat baik di musim covid/ wabak, bilamana orang ramai tidak dapat keluar jauh)
- kedai Dobi
- Hot Car wash
- Sport Centre
Apa perlu dilakukan selepas tapak di kenal pasti..?
- Buat surat permohonan kepada Pengurus tapak / lokasi
- Dapatkan Pengesahan/ Kelulusan tapak
- Buat perjanjian yang sepakat
- Tempah Mesin / buat bayaran diposit / tetapkan masa
- Mesin sampai dan mula berniaga\
- Bagaimana nak Kendalikan mesin, (tetapan Slot, tetapan harga, keluarkan stock dan lain2)
- Dimana nak dapatkan stock air?
- Air apa yang diminati dan laris?
- Berapa jenis air/ produk saya nak jual?
- Dimana saya boleh dapatkan syiling?
- Jika rosak siapa perlu dihubungi?